Nama Kampung
KAMPUNG JIMAH BARU
Mukim
MUKIM JIMAH
Daerah
PORT DICKSON
Parlimen
TELUK KEMANG
Dewan Undangan Negeri
LUKUT
Negeri
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Keluasan Kampung
295.4 Hektar ( 730 Ekar )
Keluarga
143 Keluarga
Penduduk
576 orang
Kampung Jimah Baru ialah sebuah kampung yang dibuka pada tahun 1960 dibawah rancangan pembangunan tanah yang dikenali sebagai Rancangan Tanah Negeri (RTN).
Terletak disempadan Mukim Jimah dalam Daerah Port Dickson dengan Mukim Labu dalam Daerah Seremban.
Kampung Jimah Baru bersempadankan Rancangan Tanah Felda Sendayan (Mukim Labu) disebelah utara, timur dan baratnya, manakala sebelah selatan ialah Ladang Chin Teck dalam Mukim Jimah.
Walaupun kampung ini terletak dalam daerah Port Dickson tetapi ia lebih dekat dengan Bandar Seremban. Jarak perjalanan ke Seremban, ibu negeri Negeri Sembilan Darul Khusus ialah 18 kilometer, manakala jarak perjalanan ke Port Dickson ialah 25 kilometer.
Kampung Jimah Baru ditadbir oleh sebuah Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan pada 1962 dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Nor bin Yahya. Peengerusi JKKK diambil alih oleh Tuan Haji Amin bin Hassan sehingga tahun 2000. Berkuatkuasa 1 Ogos 2000, Kerajaan Negeri telah melantik Tuan Haji Musa bin Ishak sebagai Pengerusi JKKK.
Segala kemudahan seperti sebuah Sekolah Rendah, Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Pondok Polis, Masjid, Surau, Balai Raya dan Dewan Orang Ramai telah dibina di kampung ini. Terdapat juga sebuah Perpustakaan Desa dan Medan Info Desa bagi kemudahan warga kampung khususnya golongan belia untuk mengakses pelbagai maklumat.
No comments:
Post a Comment